Travel 1Negara pertama ke luar negeri selain singapura ialah Medan, Indonesia. Waktu tu umur aku baru 18 tahun. Bila dengar jer nak ke Medan, bukan main seronok lagi, semua famili aku tau. Almaklumlah pertama kali nak naik kapalterbang. Aku pun dari datang dari orang orang susah. Nak makan pun sakit..apa lagi nak berjalan. Teringat aku kat mak ayah aku.. kesian diorang.
Aku ke sana 3 hari jer. Makan ala kadar jer...apa pun tak beli...takat tengok jer. Apapun pun aku cukup seronok dgn pengalaman pertama aku ke luar negeri.
Masjid Raya MedanTravel 2Tak berapa lama lepas travel pertama aku, Alhamdulillah, aku dapat peluang gi ke Tanah Suci lak. Berkat kerja kuat aku, aku dapat sponsor ke sana. Lagi lah best sebab ini kan cita-cita kita semua umat slam. Tambah lak orang macam aku nie... yg kalau nak kira duit..memang tak mampu lah waktu tu. Tapi syukor kpd Allah sebab maqbulkan doa aku yang tak putus2 sejak dari bangku sekolah lagi. Kalau nak ikut waktu tu..aku ingat nak dok kat sana tapi apa kan daya, sen tak cukup.
Travel 3Lepas travel kedua aku, aku dapat banyak peluang lagi sebab gaji aku pun dah naik, dan masa tu adik-adik aku pun banyak yg dah abis sekolah. Antara negara yg aku singgah tapi sekejap kejap jer ialah negara-negera sebelah Jordon-Syria. Negara-negara diorang tu tak lah maju macam kita tapi banyak gak kesan sejarah yg boleh kita tengok..kira best gak.
Travel 4Australia ialah negara pertama yang aku kira aku sebenarnya gi melancung sebab aku spent 10 hari kat sana, dan keluar duit poket sendiri. Tempat yg aku lawati ialah Brisbane, Gold Cost, Sunshine Cost sampai ke Noosa. Waktu tu musim bunga....Cuacanya sedap dan pemandangannya bukan main cantik lagi. Waktu kat sana aku sempat gi melawat Dreamworld, Movieworld, Seaworld dan lain2 tempat-tempat menarik lagi. Inilah pengalaman yang paling manis buat aku selain dari Makkah dan Madinah. Orang-orang kat sana pun semuanya baik, dan keadaan kehidupannya juga amat bersistematik. Aku tersukakan Australia hinggakan beberapa tahun kemudian aku membeli sebuah rumah kat sana (waktu tu ader duit lah sikit). Sejak dari itu ada beberapa kali aku ke sana. Dalam pada itu Sydney dan Melbourne jugak aku kira menarik, tapi bagi ku, Gold Coast lah antara tempat yang paling suka walapun dah pegi banyak kali.
Travel 5Kalau korang nak tahu atuk aku dulu kerjanya belayar kapal, dan pak cik2 aku semuanya sailor kecuali ayah aku (Allahyarham). Diorang belayar jauh ke semua tempat.. sampai ada sorang pakcik aku yang masih ader kat Amerika....tak balik2..sampai jadi rakyat Amerika. Dia kawin, beranak pinak dan beli rumah kat sana. Masa balik kat Malaysia, banyak kali dia ajak aku gi sana tapi kau pun tau..duit masa tu cukup cukup jer.
Jadi aku himpunlah duit, hinggalah cukup untuk ke sana. Masa nak ke sana tu, aku singgah di Jepun...tidur 2 kali kat sana. Tokyo, spt ramai cakap...memang cukup bersih..sistemnya lebih lagi pada Australia. Tapi mula2 aku heran gak tengok si mamat n minah jepun nie asyik belari belari anak. Aku ingatkan ada gempa bumi. Tapi rupanya memang perangai diorang gitu...terlampau rajin. Kalau berjalan aku pikir diorang kata malas agaknya. Yang si Punk rambut warna warni bubur cacar tu pun kalau kau tengok semuanya berdisplin. Nampak sampah kutip. Salut abis aku. Bukan mcm bebudak kita...lagi dia buat kotor ada..hampeh.
Apa pun tokyo is one the best place which I always like to go again.
Lepas tokyo, aku sampai di LA, n ambil tour bas ke Anaheim Disneyland, happiest plce on earth lah katakan. Aku ddok betul2 depan D.Land, nama hotelnya tropicana kalau tak silap. Hotel tu ok gak lah sebab boleh masak. Aku pilih hotel tu sebab senang nak balik solat n makan. Kalau tak kacau...semuanya non halal.
Lepas disneyland, aku naik bas...greyhound dari LA ke San Francisco. Begh..bukan main jauh lagi beb...sakit pinggang aku dibuatnya..dari pagi sampai malam. Dalam bas tu...macam2 orang ada tapi yang banyaknya si pak hitam. Tengah2 jalan kat San Jose, ada lak mamat orang putih mabuk mintak sen kat aku. Aku bagi jer lah sebab tak nak cari pasal. Aku sampai Frisco jam 12 malam. Nasib baik pak cik n mak cik tunggu.




Aku dah penat lah nanti aku cita lagi..ok lah beb.
Sekiranya anda ingin melihat secara visual keadaan di Tanah Suci Madinah sekarang, sila klik gallery photo ini.....
MADINAH TODAY




